Sunday, January 31, 2010

Apa Itu MyStar-A?

Sebuah produk e-Pendidikan dimiliki oleh Puncakmas Marketing Sdn. Bhd yang mana dimiliki 100% bumiputera. Ditubuhkan di Utara semenanjung iaitu di negeri Kedah Darul Aman. Penyelidikan dan pembangunan Portal Mystar-A telah dibangunkan pada awal tahun 2008, sempena menyahut seruan kerajaan dalam menggabungkan pendidikan dan ICT. Mystar -A adalah pendidikan berteraskan ICT yang menggabungkan ''website + education = webucation''.

Tujuan utama penubuhan Mystar -A adalah untuk membantu pelajar-pelajar mencapai kemajuan dalam pendidikan dan teknologi. Serta yang kurang berkemampuan. Portal Mystar-A membantu pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 dalam semua mata pelajaran mengikut silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.